Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Pengesahan Keperluan Permit Mengajar Guru Pelatih IPGM KPM

26/04/2022 16:40

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak lPGM tetah mendapat pengesahan daripada Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) bahawa guru pelatih keluaran lPGM TIDAK PERLU mendapatkan permit mengajar semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), Praktikum dan Internship di sekolah-sekolah KPM di seluruh Malaysia.


Berdasarkan penelitian yang dibuat oleh BPSH bahawa peruntukan undang-undang berkenaan dengan permit mengajar ialah golongan orang yang dinyatakan dalam perenggan 103 (2) (c) Akta 550 yang dikecualikan daripada permit mengajar ialah "seseorang murid di sesuatu
institusi pendidikan bagi latihan guru yang ditubuhkan oleh atau di bawah kawalan langsung Menteri". Ini membawa maksud guru pelatih di IPGM TIDAK memerlukan sebarang permit mengajar kerana IPGM adalah di bawah kawalan langsung Menteri.
 

Sehubungan itu, bersama ini dikepilkan memo daripada BPSH untuk tindakan semua. Semua guru pelatih boleh merujuk kepada memo yang dilampirkan untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

 

PENGESAHAN KEPERLUAN PERMIT MENGAJAR GURU PELATIH.pdf (2,7 MB)
 

Contact

Unit Praktikum, IPGKKB

upraktikumipgkkb@epembelajaran.edu.my

Unit Praktikum
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
16109 Pengkalan Chepa
Kelantan

Talian Terus : 09-7717783 / 7717776
Fax : 09-7717741

Search site

© Dibangunkan pada Jun 2014...gunalah sebaik mungkin untuk kemudahan bersama

Make a website for freeWebnode