Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

DIFINISI

Praktikum ialah Latihan Praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Latihan praktik di lapangan memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar di bilik darjah atau sekolah. Program ini sebagai landasan untuk pelajar mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diterima semasa pengajian. Selain program ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran ia juga merupakan perkongsian pintar dan permuafakatan antara agensi-agensi dalam Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah dan Institut Pendidikan Guru untuk melahirkan guru permulaan yang profesional dan berkesan.



Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen Amalan Profesional yang dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan. Pelaksanaannya adalah melalui pemerhatian, penelitian dokumen dan interaksi pelajar dengan komuniti sekolah atau institusi. Praktikum membolehkan pelajar menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing. 



Program Internship pula melibatkan amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan pada masa yang sama pelajar perlu menunjukkan sifat kepimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah.

Contact

Unit Praktikum, IPGKKB

upraktikumipgkkb@epembelajaran.edu.my

Unit Praktikum
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
16109 Pengkalan Chepa
Kelantan

Talian Terus : 09-7717783 / 7717776
Fax : 09-7717741

Search site

© Dibangunkan pada Jun 2014...gunalah sebaik mungkin untuk kemudahan bersama

Create a free websiteWebnode